Minggu, 13 September 2009

Zakat

Pengertian zakat dari sudut bahasa ialah:
Keberkatan, kesucian, perkembangan dan kebaikan. Sebab dinamakan zakat ialah kerana ia dapat mengembangkan harta yang telah dikeluarkan zakatnya dan menjauhkannya dari segala kerosakan sebagaimana Ibnu Taimiah berkata: Diri dan harta orang yang mengeluarkan zakat menjadi suci dan bersih serta hartanya berkembang secara maknawi.
Pengertian zakat dari sudut syarak ialah:‏
Sebahagian harta tertentu yang telah diwajibkan oleh Allah s.w.t untuk diberikan kepada orang-orang yang berhak menerimanya sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam al-Quran atau ia juga boleh diertikan dengan kadar tertentu dari harta tertentu yang diberikan kepada golongan tertentu dan lafaz zakat juga digunakan terhadap bahagian tertentu yang dikeluarkan dari harta orang yang wajib mengeluarkan zakat.
Zakat Syar'ie kadang kala dinamakan sedekah di dalam bahasa al-Quran dan Hadis sebagaimana Firman Allah s.w.t:

(خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِمْ بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ إِنَّ صَلَاتَكَ سَكَنٌ لَهُمْ)

yang bermaksud: Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. (Surah at-Taubah, Ayat: 103).
Manakala di dalam Hadis Sahih pula, Rasulullah s.a.w bersabda kepada Muaz ketika baginda mengutuskannya ke Yaman: (Beritahulah kepada mereka bahawa Allah s.w.t mewajibkan mereka mengeluarkan sedekah (zakat) dari harta mereka, sedekah tersebut diambil daripada orang yang kaya di kalangan mereka dan diberikan kepada orang-orang yang miskin di kalangan mereka). Hadis ini dikeluarkan oleh jemaah ahli hadis.‏

sumber Al-Islam.com

Shalat

Shalat ialah suatu perbuatan yang di awali dengan Niat, Berdiri menghadap kiblat, Takbiratul Ikhrom, membaca surat Al Fatihah, membaca beberap ayat Al Qur'an, Ruku, I'tidal, Sujud, Duduk antara dua sujud, membaca Tasyahud, dan di akhiri dengan memngucapkan Salam.

Adapun Rukun Sholat yaitu:
  1. Niat
  2. Berdiri menghadap Kiblat
  3. Takbiratul Ikhrom
  4. Membaca surat Al Fatihah
  5. Ruku
  6. I'tidal (berdiri sejenak setelah Ruku)
  7. Sujud
  8. Duduk antara dua sujud
  9. Membaca tasyahud
  10. Duduk bertawaruk
  11. Mengucapkan Salam (Assalaamu alaikum Wr. Wb)